Senin, 19 April 2010

catatan 2

Eksperimen untuk Menguji Iman

By Ummu Solihin · Saturday, February 13th, 2010

Adakalanya, kita perlu membuat sedikit eksperimen terhadap iman kita. Ujikaji ini tidaklah sesusah mana, akan tetapi ia sangat penting untuk tujuan muhasabah diri dan memastikan yg kita boleh ucap kalimah syahadah di akhir kalam. (Actually, tiada siapa yg boleh confirm samada dia boleh mengucap atau tak di akhir hayat nanti) Eksperimen ini hanyalah sebagai satu usaha sahaja.

Mudah-mudahan bila Allah melihat kita bersungguh-sungguh untuk mati dalam iman, maka, Dia akan kasihankan kita, dan mengurniakan kita kebolehan untuk mengucap di akhir kalam.

Ada banyak jenis eksperimen, tapi saya akan ceritakan yang mudah dahulu.

Cara-caranya:

Cuba perhatikan betul-betul. Apakah perkataan spontan yang terkeluar daripada mulut kita sewaktu terkejut , tersepak sesuatu, tersentak, atau yang sewaktu dengannya.

Jika yg keluar daripada mulut kita..perkataan seperti:
“…opocot..pocot”
“..oh mak engkau…nenek..ter-ba-boom”
dll

..maka, kita perlu risau dengan iman kita.

Akan tetapi, jika yg keluar daripada mulut kita perkataan seperti:
“..Allahu akbar..”
“..Allahummasollia’la muhammad”
dll
…insyaAllah, jika kita mati pada hari itu, kita akan dapat sebut kalimah Allah. (Sesungguhnya, semuanya adalah dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah. Tiada kepastian tentang perkara ini)

Mati adalah satu kejutan. Tatkala tiba saat itu, secara spontan, kita akan keluarkan apa yang sedang berada dalam hati dan minda kita. Maka sebab itu, eksperimen ini mungkin dapat membantu kita untuk memperbaiki iman.

Jangan lihat pada iman orang lain. Gunakanlah eksperimen ini untuk menguji iman sendiri sahaja.

Semoga Berjaya! :)

Andai Rasulullah datang ke rumah-ku

Andainya Rasulullah saw Datang ke Rumahku..

By Ummu Solihin · Saturday, February 27th, 2010

Menjelang hari kelahiran Rasulullah saw, tiba-tiba timbul di fikiran saya,
seandainya Rasulullah saw, (tetamu yang sangat dikasihi Allah swt) secara tiba-tiba, muncul di hadapan rumah saya. Dengan penuh hikmah, baginda saw menyatakan hajatnya untuk melihat anak-anak saya. Maka, apakah yang ingin saya tunjukkan pada baginda?

Mungkin,

….anak-anak yang sedang sibuk membaca dan menghafal Al Quran
….anak-anak yang sedang memegang tasbih, berzikir mengingati Allah

….anak-anak yang sedang bermain, tetapi masih mengenakan pakaian yang disukai oleh baginda saw
…anak-anak yang sedang makan kerana kelaparan,tetapi masih makan mengikut cara baginda saw

…anak-anak yang sedang tidur dengan lena dan mengadap ke arah kiblat sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah saw
…anak-anak yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat apabila mempunyai sesuatu hajat, sebagaimana yang selalu diingatkan oleh Rasulullah saw kepada para sahabat-sahabatnya

Saya ingin baginda melihat anak-anak saya dengan wajah yang gembira. (Dikatakan bahawa wajah baginda akan berseri-seri seperti bulan purnama sewaktu dalam keadaan gembira). Baginda saw tentu akan gembira apabila melihat kesan pengorbanannya diterjemah pada keperibadian anak-anak saya :)

Selama ini, saya selalu katakan yang saya cintakan Nabi Muhammad saw. Akan tetapi, sejauh mana diri saya dan anak-anak saya telah mengamalkan cara hidup Rasulullah saw…

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Barangsiapa yang berpegang teguh (mengamalkan) sunnahku di zaman fasad (kerosakan) ini, maka dia akan mendapat pahala 100 orang yang mati syahid”

“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia menyintaiku. Dan barangsiapa yang menyintaiku, maka dia akan bersama-sama denganku di syurga nanti”

Alangkah indahnya hidup kita di akhirat nanti seandainya dapat berjiran dengan Rasulullah saw…

Untuk menjadi jiran Rasulullah saw, kita tidak dapat mengusahakannya apabila tiba di akhirat nanti. Tiada adegan pujuk memujuk, tawar menawar, di mahkamah mahsyar untuk mendapat tempat dan syafaat daripada Rasulullah saw.

Untuk mendapatkan itu semua, tiada cara lain melainkan kita perlu usahakan untuk mengikut cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw sewaktu hidup di dunia lagi.

Mudah-mudahan Allah swt memberikan taufiq dan hidayah kepada kita semua untuk mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan keluarga kita. InsyaAllah